MAC 2022

Ketua Menteri Kini Digelar Premier Sarawak


KUCHING: Mulai hari ini 1 Mac 2022, istilah Ketua Menteri Sarawak digelar ‘Premier of Sarawak’ atau dalam Bahasa Melayunya sebagai Premier Sarawak.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Jaul Samion berkata, perubahan kepada istilah jawatan Ketua Menteri itu kepada ‘Premier of Sarawak’ atau ‘Premier Sarawak’ selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) meluluskan beberapa pindaan ke atas Perlembagaan Negeri Sarawak pada 15 Febuari 2022.

Justeru, tarikh penguatkuasaan penggunaan istilah itu ialah pada 1 Mac 2022, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Serentak dengan itu, perkataan Pejabat Ketua Menteri ditukar kepada Pejabat Premier Sarawak.

Jawatan Timbalan Ketua Menteri kini digelar Timbalan Premier dan Menteri Muda kepada Timbalan Menteri turut berkuat kuasa mulai 1 Mac 2022, katanya.

Sumber dari : Jiwa Bakti